Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
perlawanan tumpuan minggu ini adalah Liverpool vs Manchesret city di Anfield, Liverpool..
perlawanan Super Sunday ini akan berlangsung pada hari ahad pukul 12.00 malam waktu Malaysia..
Liverpool akan turun melayan kunjungan Manchester City yang tak pernah tewas dalam perlawanan liga musim ini..
Manchester CIty merupakan satu-satu pasukan yang tak pernah tewas dalam perlawanan liga musim ini..
Manchester City juga merupakan pendahulu liga dengan 5 mata di depan Manchester United dikedudukan kedua dan 12 mata mengatasi Liverpool di kedudukan keenam liga..
berdasarkan rekod lepas, Manchester City hanya menang sekali dalam 12 perlawanan menentang Liverpool dan tidak pernah menang di Anfield dalam 8 perlawanan sebelum ini..
namun ini hanyalah rekod sebelum ini..
dengan prestasi yang sentiasa meningkat, cabaran City di Anfield tidak boleh dipandang rendah..
dengan barisan pemain bintang, City mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan..
ini terbukti apabila City mudah membelasah Manchester United di Old Trafford dengan jaringan yang cukup besar, 6 - 1..
City akan beraksi selepas kekecewaan di Itali dalam perlawanan Champion League menentang Napoli dengan berkesudahan Napoli menundukkan City, 2 - 1..
Liverpool pula berada dalam prestasi yang terbaik setelah berjaya menjinakkan Chelsea di Stamford Bridge pada perlawanan Super Sunday yang lepas..
![]() |
| King Kenny |
King Kenny pastinya sukar untuk memikirkan kesebelasan utama menentang City selepas kecemerlangan yang ditunjukkan kesebelasan utama dan pemain simpanan ketika menentang Chelsea tempoh hari..
dengan Jamie Carragher sudah pulih dari kecederaan dan Steven Gerrard hampir pulih, Liverpool mempunyai banyak pilihan untuk diletakkan menentang City..
Player To Watch :
Liverpool : Luis Suarez
![]() |
| Luis Suarez |
Luis Suarez adalah penjaring terbanyak liga untuk Liverpool pada musim ini dengan 4 gol..
kelincahan Suarez mencetuskan gerun kepada pertahanan lawan yang sentiasa berhati-hati apabila berdepan dengannya..
dengan keupayaan menggelecek dan menjaringkan gol, Suarez pastinya menjadi sandaran Liverpool untuk menundukkan City ahad ini..
Manchester City : Sergio Aguero & Mario Balotelli
![]() |
| Sergio Aguero |
Aguero pemain yang baru di beli musim ini dan telah menjaringkan 10 gol untuk City dalam perlawanan liga musim ini..
Balotelli pula telah menjaringkan 6 gol dalam perlawanan liga musim ini..
Aguero yang bergandingan dengan Balotelli di possisi serangan pastinya menjadi sandaran City untuk menundukkan Liverpool..
![]() |
| Mario Balotelli |
Manchester City pastinya mahu mengekalkan rekod tanpa kalahnya dan Liverpool mahu membuktikan yang mereka masih lagi salah satu pasukan terbaik di dunia ketika ini..
sekiranya menang, harapan Liverpool untuk kembali ke Top 4 semakin cerah..
sekiranya menang, harapan Liverpool untuk kembali ke Top 4 semakin cerah..
Ramalan Kesebelasan Utama :
Liverpool
J. Reina
G. Johnson, J. Carragher, D. Agger, José Enrique
S. Downing,, Lucas Leiva, C. Adam, C. Bellamy
D. Kuyt, L. Suarez
Manchester City
Joe Hart
M. Richards, V. Kompany, J. Lescott, G. Clichy
J. Milner, Y. Toure, D. Silva, S. Nasri
S. Aguero, M. Balotelli
Liverpool vs Manchester City Match Promo
Manchester City
Joe Hart
M. Richards, V. Kompany, J. Lescott, G. Clichy
J. Milner, Y. Toure, D. Silva, S. Nasri
S. Aguero, M. Balotelli
Liverpool vs Manchester City Match Promo
Ramalan Keputusan :
Liverpool 2 - 1 Manchester City
Mampukah Liverpool menundukkan Manchester City?
sama-sama kita saksikan ahad ini..











ramalan saya 1 0
ReplyDeletesape yg 1 sape yg 0..
ReplyDeletesemestinya liverpool la 1
ReplyDeletep/s sy tak nak walk alone :P
yeayyyy...xtaw sokong mne....haha
ReplyDeletecity is the best,,,,,,,hahahaha
ReplyDelete